Tuesday, May 26, 2009

::UmRaH::

::UmraH::


Erm..MaSe muLa2 maK biTau yg diA naK bawa Aku gie TuNaikaN umRah, i'm stiLL woNder, naK g or TaK..It is bcOz aKu tak PrePare puN nak g saNE..saMpai sehaRi SebeLuM nak Gie UmraH pun aKu sTill not sURe Lagi..

Aku gie sane 10 hari..3 hari di Madinah..7 hari kat Mekah..Dari airport Senai ke KLIA..Then from KLIA ke Jeddah..Mase perjalaNan 8 jam 30 minit..Aku neK Malaysia AirLines (MAS)..

MAse Aku g Sane, aku tAk paham pape Pun pasaL naK wat UmraH nie, wlaUpun Da sTudy buku Yg DibeKaLkan oleh tRaveL aGencY aku..

Di MadinaH

Aku Stay kat 'ELAF TAIBA Hotel'..Tak jauh pun dari Masjid Nabawi..Rupa2nya kat Madinah ni, kite menziarahi..Cantik sgt Masjid Nabawi ni..Kagum aku tgk..Luas sgt..Tiap2 hari aku minum Air Zam2 kat dlm Masjid Nabawi..Tapi bagi kaum wanita..tak boley bawak dg cam or phone yg ade camera..Stiap pintu ade pengawaL yg akaN cHeck beG kite..Tapi tu juz untuk peremPuaN jer..Lelaki bebaS bwak pape pun..

Masjid Nabawi

Masjid Nabawi (Inside)


Dekat Madinah, byk gak tempat2 yg aku Ziarah..Ade ziarah luar dan ziarah dalam..

Antaranya :

  • Masjid Qiblatain
  • Masjid Qubah
  • Bukit Magnet
  • BMasjid Tujuh
  • Raudhah (Tmana Syurga)
  • Makam Rasulullah
  • Perkuburan Al-Baqi'
Selepas 3 hari...Aku berangkaT ke Mekah..Tapi sebeLum meniNggaLkan MadiNah, Kne LakukaN Ziarah Wida' (Ziarah SelamaT TinggAL)..

Dan DisiNi la berMuLanya UmraHku..

MengeRjaKan UmRah


Di MadinaH, aku daH siaP2 mandi SunaT ikhram..

Niat mandi Sunat Ikhram :

" Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana
Allah Ta'ala "

Bagi yg lelaki, da Boleh pakai kaiN ihRam..Tapi kaLo takNak, diaorg boLey pakai di Bir Ali (di Mikat)..Dari MadinaH, aku menUju ke Bir Ali..daN di masjid Bir Ali, sembahyg tahiyatuL masJid dan smyg suNat iKhram..Dan kne Lah bErniaT..

NiaT umRaH :

" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram
dengannya kerana Allah Ta'ala "

Dlm temPoh iKhram ni, byK larangaN2 yg kne di Patuhi..kalO tak kne byar daM..AntaraNye, tak bleh pakai bau-bauan, tak ley cabut rambuT, bagi lelaki, tak ley pkai pakaian berjahit, dan mcm2 lagi lah.. LepAs tu, aku menuju perjaLanan ke Mekah..dan Dlm perjalanan, kne lah byk2 berTalbiah & berZikir. Bacaan Talbiah :
Labbaikkallah humma Labbbaik Labbaikala syari kala kalabbaik
Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah

Di Mekkah

SesudaH samPai di Mekah, aku meNginaP di 'Al-Rawasi Hotel'..Aku siapKan uMrah pade hari Tu jugaK..

DarI HoteL, UsTaz bawa ke Masjidil Haram..Masuk mAsjid, ade Doanya..KemudiaN, Aku tgk Kaabah..SubhanAllah..kagum nye..Lihat kaabah pun ade doanye..


Masjidil Haram


Aku dibawa untuk tawaf kaabah..Tawaf dibuat sebanYak 7 pusiNgan.SetiaP pusiNgan ade Doa2 nya..Aku pun Tak Hafal, tapi Tgk Buku Lah..

Lepas habis Tawaf, aku truskan dgN berSa'ie..Tujuh kali berulang alIk dari bukiT soFa ke bukit mArwah & BuKit MarwaH ke BukiT Sofa..Sa'ie berTujuaN untUk meNgiNgati kesusaHan Siti Hajar sewaktu mencari aiR krN Nabi IsmaiL kelaparaN..

SeteLah seLesai bersa'ie, kne bertahalul (berGunting)..selesai berguntinG maka selesaiLah umrah..

SepanjanG 7 hari di Mekah, aku hanYe mamPu buat 5 kali Umrah..Aku kene pergi Ke TanaH Halal (bermikat) dan berniaT di sane..Kemudian buat Umrah cam biasa..Tempat bermikat, di Tanaim, Janarah & Hudaibiah..

Di MEkah, aku dibawa menziarahi :
  • Jabal Nur (Gua Hiraq)
  • Jabal Rahmah
  • Pusat Pencetakan Al-Quran terbesar di dunia
  • Ladang Unta
  • Muzdalifah
  • Minna
dan byk lagi lah SebeLum baLik kne lakukan Tawaf Wida' (Tawaf Selamat Tinggal)..


Sedih rasenya akan TinggaLkan Mekah..kat Sane hati aku Tenang je..Tak de Pk PasaL Duniawi LangsuNg..Aku berHarap dpT menjadI teTamu Mu lagi.. Haha..Nak Belajar Cara MenunaiKan Umrah??Tapi yg ni secara RingkasNya..

Aku amBiL dari


"http://www.restu.com.my/p_ringkasumrah.htm"

Aku tak nak Dituduh mencuRi hasiL kerja org (Plagiarism)..

*******************************************************************


PANDUAN MELAKSANAKAN UMRAH
Pengertian Umrah Pada Syarak
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sa'ie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Hukum Umrah
Umrah diwajibkan sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka, berkuasa samada lelaki atau perempuan.
Rukun dan Wajib Umrah :
IBADAT UMRAH
RUKUN UMRAH
WAJIB UMRAH
1. Niat
1. Niat ihram di Miqat
2. Tawaf
2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam ihram
3. Sa'ie

4. Bercukur / Bergunting

5. Tertib

NIAT UMRAH ( Rukun )
Sebelum berniat ihram Umrah di Miqat, sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram.
Untuk mandi sunat ihram, lafaznya :
" Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta'ala "
Seterusnya sembahyang sunat Ihram. Lafaz niatnya :
" Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua pula bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.
Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum melewati/ melintasi sempadan Miqat.
Lafaz niat Umrah :
" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala "
Barang harus diingat, sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan pantang-larang dalam ihram. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram, seseorang itu hendaklah membayar dam.

Setelah itu eloklah membanyakkan bacaan talbiah disepanjang perjalanan hingga sampai ke Makkah untuk mengerjakan rukun-rukun Umrah selanjutnya.
Bacaan Talbiah :
Labbaikkallah humma Labbbaik
Labbaikala syari kala kalabbaik

Innalhamdah, wal-nikmatah, Lakawal-Mulk
Laa syari kalah

TAWAF ( RUKUN )
Pengertian Tawaf :
Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.
Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :
" Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala "
( NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. )
Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :
" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin "

Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.
Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa.
Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.


SAI'E ( RUKUN )
Pengertian Sai'e : - Sai'e adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah.
Setelah selesai tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e.
Setelah sampai di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah ( Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sai'e Umrah dengan niat :
" Ya Allah!. Aku hendak Sai'e antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana Allah Ta'ala "
Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.
Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sai'e jika berkemampuan.
Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud :
" Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah "
Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Ini bererti telah sempurnalah sekali sai'e. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa sai'e yang kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).

BERCUKUR / BERGUNTING / TAHALLUL - RUKUN
Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting sahaja. Manakala mereka yang tidak mempunyai rambut, sunat baginya melalukan mata pisau di kepalanya.
Tahallul :Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram.
TERTIB - ( RUKUN )
Tertib pada kebanyakan rukun - Adapun rukun Umrah, wajib dikerjakan satu demi satu mengikut tertib.

TAWAF WADA'


ZIARAH MADINAH


Sekian dari ChrysaLis~

No comments: