Thursday, December 24, 2009

:: BersumpaH ::


:: BersumpaH ::

Ramai org yg bersumpah sesuka hati je zaman skrg ni.. Bersumpah dgn nama Allah..
Boleh ke kita bersumpah?? Memang boleh kita bersumpah dan sumpah tu diutamakan daripada perkara yang lain. Tapi..ada lah condition2nya.

Fahami erti bersumpah.

  • Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان) yang merupakan jamak dari perkataan al-Yamin   

          (اليمين). 

  • Maksud asalnya ialah tangan, kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab lazimnya mengangkat tangan kanan mereka.Dan apabila mereka saling bersumpah, masing-masing memukul tangan kanannya dengan tangan kanan orang yang bersumpah.


Rasulullah (s.a.w) bersabda :












رَأَى عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَجُلاً يَسْرِقُ فَقَالَ لَهُ: أَسَرَقْتَ! قَالَ: كَلاَّ! وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ! فَقَالَ عِيسَى: آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَذَّبْتُ عَيْنِي.
(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia berkata kepadanya: “Apakah kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku.” 

Kat sini kita dapat lihat keagungan sumpah itu sendiri dalam Islam.

Valid ke tak sumpah yang kite lafazkan tu??

Syarat sah sumpah dalam Islam.


1) Bersumpah dengan nama Allah
2) Bersumpah dengan mana-mana satu nama Allah
3) Bersumpah dengan salah satu sifat Allah


Selain daripada tiga syarat di atas, maka tak valid lah sumpah tu..Kenyataan ni dikuatkan lagi dengan 1 hadith Rasulullah (s.a.w) :



سَمِعَ ابْنُ عُمَرَ رَجُلاً يَحْلِفُ: لاَ وَالْكَعْبَةِ! فَقَالَ لَهُ ابْنُ عُمَرَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ.

Ibn ‘Umar (radhiallahu 'anhuma) mendengar seorang lelaki bersumpah: “Tidak, demi Ka’bah!” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.”

Kesimpulannya : Jangan lah bersumpah sesuka hati selain dengan nama Allah dan sifatnya kerana akan disifatkan sbg berbuat syirik. Dan dalam Islam, kita tidak digalakkan untuk bersumpah kerana bila dah biasa bersumpah, kita akan terdorong untuk menipu dalam sumpah kita tu..


Hukum menipu dalam sumpah.












مَنْ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ فَقَدْ أَوْجَبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ. فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ.
“Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.”
Lalu seorang (yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap sesuatu yang remeh ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “(Ya), sekalipun sebatang kayu arak (yang digunakan untuk bersiwak).”


Jadi janganlah sesuka hati mendustakan sumpah anda.


Hukum melanggar sumpah.










Setelah bersumpah dan sah sumpahnya itu, jika dia melanggar maka dia perlu membayar kafarah.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
لاَ يُؤَاخِذُكُمْ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمْ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dalam keadaan bersungguh-sungguh. 


Kafarah bagi orang yang melanggar sumpah.





1)Memberi makan 10 orang miskin dari jenis yang sederhana yang selalu diberikan kepada keluarga kamu.
Atau
2)Memberikan pakaian kepada mereka.
Atau
3)Memerdekakan seorang hamba.
Atau
4)Sesiapa yang tidak dapat menunaikan 3 pilihan kafarat di atas, maka dia dikehendaki untuk berpuasa selama 3 hari.



Regards :



Tuesday, December 22, 2009

:: Bulan Muharram ::

:: Bulan Muharram ::

Peristiwa 10 Muharram

1) Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah

2) Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit

3) Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah untuk keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah
selama 6 bulan

4) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari api pembakaran Raja Namrud

5) Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. oleh Allah

6) Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara

7) Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah

8) Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit

9) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam

10) Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya
dari tentera Fir’aun

11) Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah

12) Allah mengurniakan kerajaan besar buat Nabi Sulaiman a.s.

13) Nabi Isa a.s. diangkat ke langit

14) Hari pertama Allah ciptakan alam, hujan diturunkan dan Allah menurunkan Rahmat

15) Arasy dan Luh Mahfuz dijadikan Allah

16) Malaikat Jibril dijadikan Allah


Regards: